Untuk meningkatkan tahap bahasa dan mengenali lebih dalam terhadap sajak sempena bulan bahasa yang dianjurkan oleh pihak sekolah, kelab bahasa cina dengan suka cita telah mengadakan pertandingan deklamasi sajak pada 27 haribulan Februari, 2009.
Pertandiangan ini mendapat sokongan daripada semua murid. Selain itu, pertandingan dikategorikan kepada menengah rendah dan menengah tinggi.
Untuk pengetahuan anda, menengah rendah diadakan dalam bentuk kumpulan untuk menguji sikap kerjasama dalam murid. Manakala, menengah tinggi diadakan dalam bentuk individu untuk menguji presentasi seseorang individu dan cara persembahan seseorang individu untuk menarik penonton. Berikut ialah contoh gambar bentuk pertandingan dijalankan.
Persaingan kali ini sangat hebat dan hadiah yang disediakan juga sangat lumayan. Prestasi kali ini sangat memuaskan walaupun ada yang lupa lirik.
Kali ini, kelab kita juga sekali lagi mengajak para hakim yang fatan dan arif iaitu Cikgu Sia dan Cikgu Ho yang kita hormati.
Selain itu, kita juga mengajak pengacara yang terkenal dari kelas 5A iaitu Wang Sie Kun dan Wong Chong Ing.
Mereka telah mengacara dengan menarik dan berinformatif.
Berikut adalah gambar-gambar yang ditangkap semasa pertandingan dijalankan:
Setelah, mereka bersaing selama dua jam. Keputusan telah keluar!!!!
Berikut ialah johan untuk kategori Menengah Rendah!!!!
Di samping itu, berikut ialah johan untuk kategori Menengah Tinggi!!!!!!